Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1,000 liter petrol
Published on: Monday, August 19, 2024
Published on: Mon, Aug 19, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pasukan Polis Marin gagalkan cubaan seludup 1,000 liter petrol
TIGA tangki air, termasuk satu yang mengandungi petrol dirampas.
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas 1,000 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran selepas serbuan ke atas sebuah pondok di Kampung Tandu, pada Sabtu.

Satu Pasukan anggota Polis Marin menyerbu pondok tersebut sekitar pukul 5.30 petang selepas menjalankan pemantauan dan risikan di kawasan itu.

Advertisement
Ketua Komandan Marin Lahad Datu, Supt. Rohizan Mohamad Saaid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 1,000 liter petrol di dalam sebuah tangki air plastik berwarna hitam.

“Pasukan turut merampas dua tangki air plastik kosong, sebuah pam, dan dua unit paip plastik,” katanya, menambah bahawa petrol tersebut dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Rohizan, semua rampasan dibawa ke pangkalan Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, rampasan tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Advertisement
“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here