Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tumpuan pulihara orang utan. Tiada lagi penebangan hutan untuk sawit; negara pengimport dipelawa terlibat sama
Published on: Tuesday, August 20, 2024
Published on: Tue, Aug 20, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Tumpuan pulihara orang utan. Tiada lagi penebangan hutan untuk sawit; negara pengimport dipelawa terlibat sama
JOHARI (ketiga dari kiri) menerima cenderahati daripada wakil pengajur.
SANDAKAN: Tiada lagi penebangan hutan untuk penanaman sawit di negara ini dalam memastikan usaha menjaga hutan di negara ini berada pada tahap yang terbaik.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap pemain industri sawit juga akan diwajibkan mematuhi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam memastikan kaedah penanaman mesra alam sekitar, selamat dan amalan pertanian baik.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus merasmikan Sambutan Hari Orangutan Sedunia 2024 di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok (SORC), di sini, pada Ahad.

Minggu lepas, Johari berkata, beliau juga berinteraksi bersama duta Kesatuan Eropah (EU) dan menyampaikan maklumat mengenai MSPO, yang menerima respon positif tetapi belum menerima maklum balas akan apa yang mereka akan lakukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita amat komited memastikan penjagaan hutan mampan serta hidupan liar seperti orangutan, dan begitu juga memastikan minyak sawit yang dieksport terus mematuhi MSPO,” katanya.

“Pada program Biodiversity di Pahang pada Mei, selepas ucapan saya itu yang mana saya mengutarakan idea diplomasi orang utan, banyak persepsi dan propaganda dikeluarkan oleh negara pengeluar minyak makan yang bersaing dengan minyak sawit, menggunakannya sebagai alasan bahawa orang utan kita mati, ataupun tidak wujud,” tambahnya.

Advertisement
“Tetapi sebenarnya mereka tiada fakta tentang hal itu kerana kerajaan sangat komited dalam memastikan orang utan bebas ancaman berkaitan.

“Hasil maklum balas diterima daripada semua badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia, mereka suka negara ini membuat pemuliharaan orang utan dan dengan itu, tindakan mengekalkan untuk menyimpan orang utan di habitat asal adalah yang terbaik.

Advertisement
“Ini juga penyelesaian terbaik kerajaan dalam memastikan orang utan akan sentiasa wujud dan tidak pupus,” katanya.

Jelasnya, ketika ini, populasi orang utan adalah 15,000 di Sabah dan 2,000 di Sarawak, manakala Kalimantan mungkin kira-kira 80,000. 

“Justeru, keputusan untuk tidak membenarkan penebangan hutan untuk tanaman sawit melainkan dengan kebenaran kerajaan negeri dan persekutuan adalah tepat dalam menjaga hidupan liar ini daripada ancaman berkaitan,” kata Johari.

Acara itu dianjurkan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah (SWD), dengan sokongan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jelajah Sandakan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, Pengerusi MPOGCF Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS) Murad Abdul Rashid, Timbalan Pengarah SWD Roland Oliver Niun, Timbalan Presiden MPS Wilson Thomas dan Pengurus Besar MPOGCF Hairulazim Mahmud.

Pada majlis itu, Johari juga mengambil seekor orang utan berusia tiga tahun di SORC sebagai “anak angkat” dan dinamakan Titi sempena kawasan yang beliau wakili sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.

Hari Orangutan Sedunia disambut 19 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai betapa pentingnya melindungi haiwan ikonik tersebut daripada kepupusan.

Sambutan tahun ini di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok boleh diumpamakan seperti “sirih pulang ke gagang” kerana Sepilok merupakan salah satu lokasi habitat semula jadi orang utan di Sabah, dan SORC merupakan yang tertua di dunia.

Aktiviti utama sambutan itu tahun ini adalah acara Orangutan Fun Walk yang meliputi jarak lima kilometer, selain Pongo Explorace, Create Me Orangutan Sculpture, Mother’s Love Orangutan Cakes, Pongo Talks, Face Painting, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan jualan but kereta.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Johari berkata, menurut laporan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada 2019, berdasarkan tinjauan sepanjang tempoh Mei 2014 sehingga Mac 2017, populasi orang utan di Sabah adalah stabil. 

Untuk mendapat anggaran populasi terkini, MPOGCF juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.23 juta kepada Hutan, sebuah NGO yang berpusat di Sabah, bagi membiayai kajian populasi orang utan Borneo dari 2023 hingga 2025.

Setelah berbincang dengan pihak berkepentingan dalam industri sawit, beliau berkata, pendekatan in-situ juga diambil di mana semua aktiviti pemuliharaan akan dijalankan di habitat semula jadi, sama ada di hutan ataupun tompok hutan di ladang sawit yang dikenali sebagai kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV). 

Orang utan bebas untuk bergerak, mencari sumber makanan dan membiak tanpa sebarang gangguan daripada manusia, aktiviti perladangan dan pelancongan di kawasan ini.

Jelasnya, melalui program ini, mana-mana pengimport minyak sawit Malaysia dari serata dunia boleh memilih untuk menjadikan seekor atau lebih orang utan sebagai “haiwan angkat” di bawah program ini. 

Dana dikumpulkan akan dimanfaatkan untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan. Antaranya bekerjasama bersama pasukan renjer yang terdiri daripada pakar untuk memantau keberadaan, keselamatan dan keadaan haiwan liar tersebut. 

Beliau juga memberi penghargaan kepada Sawit Kinabalu Sdn Bhd serta Kerajaan Sabah dan Sarawak atas usaha masing-masing dalam pemuliharaan orang utan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here