Tuaran: Seorang warga emas lelaki berusia 86 tahun dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Sinulihan, Tamparuli, di sini, sejak semalam.
Mangsa dikenali Akun Kalawot yang tidak kembali ke rumahnya dilihat kali terakhir menuju ke kawasan hutan sejauh 500 meter sebelum dikhuatiri hilang kira-kira jam 5 petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.12 pagi hari ini.
"Mangsa juga dikatakan mengalami kurang daya ingatan disebabkan faktor usia dan tidak memakai baju serta memakai seluar panjang berwarna hitam dengan garisan warna kuning."