Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjara Wanita Sabah perintis Program Wanita Bangkit Bersasar
Published on: Wednesday, August 21, 2024
Published on: Wed, Aug 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penjara Wanita Sabah perintis Program Wanita Bangkit Bersasar
NANCY (tiga, kanan) bergambar selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron (dua, kiri) dengan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Jabatan Penjara Malaysia, Ahmad Faudzi Awang (kanan) di Dewan Rafflesia Penjara Wanita Kota Kinabalu Sabah. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Penjara Wanita Sabah menjadi penjara pertama di negara ini melaksanakan Program Wanita Bangkit Bersasar (WBB) yang bertujuan membantu bekas banduan wanita menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar daripada penjara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Advertisement
“Melalui program ini kita menyasarkan wanita yang berbakat dalam menjalankan perniagaan, tetapi tidak boleh keluar rumah disebabkan kekangan tertentu seperti menjaga anak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perlaksanaan program berkenaan di Anjung WBB YKN Sabah di sini, Selasa.

Beliau berkata YKN dan Jabatan Penjara Malaysia turut menyediakan anjung itu sebagai tempat bagi banduan wanita untuk menjana pendapatan, menerusi kemahiran yang dipelajari semasa menjalani hukuman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi projek rintis ini, Anjung WBB YKN Sabah akan beroperasi di Taman Olivia, Penampang Kota Kinabalu, dan ia dapat menempatkan 10 orang penghuni wanita pada satu-satu masa.

“Saya berharap dengan adanya program ini, banduan ini dapat dibantu untuk menjana pendapatan apabila dibebaskan kelak serta diintegrasikan ke dalam masyarakat,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah melawat Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan program berkenaan namun penjara itu didapati tidak sesuai, di samping perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu.

Nancy berkata bagaimanapun bagi fasa permulaan program ini, pihak kementerian melalui YKN telah mengambil inisiatif untuk memasarkan dan mempromosikan produk makanan sejuk beku hasil keluaran penjara Wanita Kajang melalui platform kiosk Kasih YKN yang disediakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here