Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM1 juta naik taraf jalan kampung Naparan-Kapawa
Published on: Wednesday, August 21, 2024
Published on: Wed, Aug 21, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
RM1 juta naik taraf jalan kampung Naparan-Kapawa
SEBAHAGIAN laluan Kampung Naparan-Kapawa yang sudah diaspal.
BEAUFORT: Kesukaran penduduk di Kampung Naparan dan Kapawa ekoran kerosakan jalan penghubung di kedua-dua kampung itu sejak sekian lama, kini selesai susulan projek naik taraf di laluan itu ketika ini.

Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, kerja-kerja naik taraf jalan sejauh 1.8 kilometer (km) itu telah bermula dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Ogos ini.

Advertisement
“Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk projek pengaspalan jalan utama untuk Kampung Naparan dan Kapawa yang rosak teruk kerana dan tidak pernah diselenggara sejak 38 tahun lalu.

“Situasi ini sebelumnya telah menyukarkan penduduk khususnya di musim kemarau dan hujan kerana jalan ini adalah laluan utama sama ada ke pekan, ke kebun atau membawa jenazah ke kuburan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerja-kerja naik taraf kini sudah lebih 50 peratus dan sebaik siap, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 penduduk,” katanya ketika ditemui semasa melawat pelaksanaan projek itu, di sini, Selasa.

Ruslan berkata, kerja-kerja naik taraf itu adalah antara projek kemudahan rakyat yang telah dilaksanakan pihaknya sejak mengambil alih pentadbiran Dun Lumadan tiga tahun lalu.

Advertisement
Katanya, selain jalan utama Kampung Naparan-Kapawa, pihaknya turut melaksanakan projek sama di beberapa kampung antara di Bukau serta beberapa kampung lainnya.

“Ini adalah antara usaha kita bagi menjaga kepentingan rakyat kerana sebahagian besar laluan kampung ini tidak pernah dinaiktaraf hingga menyukarkan aktiviti harian penduduk,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here