Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki import daging sejuk beku tanpa lesen sah didenda RM10,000
Published on: Thursday, August 22, 2024
Published on: Thu, Aug 22, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki import daging sejuk beku tanpa lesen sah didenda RM10,000
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki didenda RM10,000 atau dipenjara enam bulan kerana mengimport 8,704kg daging lembu dan daging babi beku dari negara lain, tanpa lesen import yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan memerintahkan Tan Ka Herng membayar denda itu selepas Tan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Rabu.

Advertisement
Tan didapati mengimport 38 kotak daging lembu beku dari Brazil, 240 kotak perut babi beku dari Belanda dan 41 kotak daging babi sejuk beku dari Jerman tanpa lesen daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 2 petang pada 21 Mei tahun ini di sebuah premis di Jalan Burung Keleto di Inanam, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 itu membawa hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Tan merayu hukuman ringan dengan mengatakan ia adalah kesalahan pertamanya.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Francis Palikat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu serta menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan serupa.

Franscis berhujah bahawa penyeludupan daging beku dari negara lain boleh memberi kesan negatif kepada industri ternakan dan juga aspek keselamatan makanan di negeri ini.

Advertisement
Mahkamah diberitahu satu pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyerbu premis itu dan mendapati daging beku itu tidak mempunyai lesen import.

Siasatan lanjut mendapati Tan menyeludup daging beku berkenaan dari Brazil, Belanda dan Jerman tanpa lesen import.

Tan gagal menunjukkan lesen import yang sah untuk produk yang dirampas.

Hasil semakan dalam sistem EXIM DAVETSA yang dikeluarkan oleh Seksyen Kuarantin dan Import-Eksport, Bahagian Kesihatan Veterinar DVS Sabah mendapati tiada rekod lesen import dikeluarkan kepada Tan untuk membawa masuk produk daging sejuk beku dari ketiga-tiga negara itu.

Kesemua produk tersebut telah dilupuskan dengan memusnahkannya menggunakan mesin Sistem Pelupusan Berkelajuan Tinggi Organik atas sebab pencegahan penyakit di bawah Seksyen 62(3) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

Tan membayar denda itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here