BEAUFORT: Pihak Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa sepanjang hampir satu meter (gambar) di dalam sebuah kereta jualan di sebuah premis jual kereta, kira-kira 3km dari pekan, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muhammad Hasbullah Nenggok berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada 11.26 pagi dan mengerahkan satu pasukan dan jentera ke lokasi.
“Ular tersebut berada di dalam bonet kereta itu. Anggota kami menggunakan alat khas untuk menangkap ular itu,” katanya, menambah ular itu kemudian dilepaskan di habitat asalnya.