Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
2 kereta terbabas ke parit tanah perkuburan Batu 7
Published on: Friday, August 23, 2024
Published on: Fri, Aug 23, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
2 kereta terbabas ke parit  tanah perkuburan Batu 7
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kemalangan itu berlaku ketika seorang lelaki, 33, memandu keretanya dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Balung.
TAWAU: Dua pacuan empat roda terbabas ke dalam parit Tanah Perkuburan di Batu 7, Jalan Apas dalam kemalangan sekitar jam 3.30 petang, pada Rabu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kemalangan itu berlaku ketika seorang lelaki, 33, memandu keretanya dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Balung.

Advertisement
Manakala, seorang lagi lelaki, 69, dari arah Batu 15 menuju ke Batu 8, Jalan Apas - kedua-dua lelaki itu masing-masing memandu kereta Isuzu D-Max.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu yang dari arah Batu 15, tiba-tiba keluar simpang melalui susur tengah pusingan U.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu D-Max yang berada di jalan lurus melanggar sisi sebelah kereta berkenaan dan mengakibatkan kedua-duanya hilang kawalan lalu berbabas ke parit besar di bahu kiri jalan, menghadap tanah perkuburan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan bagi kedua-dua pemandu.

Advertisement
Jasmin menambah, polis masih meneruskan siasatan kes itu mengikut Peraturan 3(2)(b) LN 166/59.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here