SANDAKAN: Seorang wanita terjatuh ke laut melalui lubang tandas rumah atas air di Kampung Sim-Sim pada pagi Khamis.
Wanita berusia 34 tahun tersebut dipercayai mengalami sawan sebelum terjatuh ke dalam air laut dalam kejadian kira-kira jam 10.20pagi itu.
Semasa kejadian, mangsa berada dalam keadaan separa sedar.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh keluarganya sebelum pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan tiba selepas dihubungi jam 10.24 pagi.
Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mengusung naik mangsa ke daratan dengan bantuan penduduk kampung.
Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada hospital yang juga tiba di lokasi kejadian.
Mangsa kemudiana dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan lanjut.
Operasi menyelamat tamat jam 10.55 pagi.