Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kumpulan Yayasan Sabah agih bantuan pendidikan kepada 168 murid di Beaufort
Published on: Friday, August 23, 2024
Published on: Fri, Aug 23, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
 Kumpulan Yayasan Sabah agih bantuan pendidikan kepada 168 murid di Beaufort
RUSLAN (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang murid sambil diperhatikan Zulkhairi (dua dari kiri) pada majlis itu.
BEAUFORT: Seramai 168 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Lumadan menerima bantuan persekolahan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) anjuran KYS Zon Pedalaman Selatan, di sini.

Program Penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) itu telah dirasmikan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Advertisement
Hadir sama Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon KYS, Zulkhairi Ismail dan Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun.

Ruslan dalam ucapannya menyambut baik usaha KYS itu kerana mampu mengurangkan beban ibu bapa murid-murid terbabit yang keseluruhannya terdiri dari golongan B40.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama katanya, inisiatif berkenaan juga memenuhi aspirasi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak Sabah.

“Usaha KYS ini menepati aspirasi YAB Ketua Menteri (Hajiji) untuk memperkasa pendidikan anak-anak kita khususnya golongan kurang berkemampuan sejajar dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisement
“Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri bagi mencapai agenda itu menerusi beberapa agensi seperti KYS, sekaligus memenuhi hala tuju kita melahirkan lebih ramai modal insan bersahsiah,” katanya.

Sementara itu, Zulkhairi berkata, KYS menyediakan banyak bantuan dan peluang pendidikan seperti tajaan lanjutan pelajaran ke Instituti Pengajian Awam dan Swasta.

Advertisement
Katanya, usaha murni itu dilaksanakan secara berterusan dan merangkumi kepentingan semua rakyat terutamanya pendidikan anak-anak golongan kurang berkemampuan dan miskin.

“KYS menyediakan pelbagai bantuan pendidikan yang dasarnya meliputi pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi. 

“Usaha signifikan ini juga melibatkan pemberian bantuan kewangan untuk pelajar di peringkat menengah dan pengajian tinggi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here