Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024 hari ini
Published on: Friday, August 23, 2024
Published on: Fri, Aug 23, 2024
Text Size:
Text:
Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024 hari ini
Jasni berkata, majlis pelancaran akan diisi dengan persembahan kesenian khas dari Indonesia, seterusnya acara baca puisi esei yang diadaptasi dalam bentuk monolog oleh Jasni Yakub dan diarahkan oleh tokoh teater dan Pejuang Sastera Negeri Sabah, Abdul Karim Gullam.
Kota Kinabalu: Badan Bahasa Dan Sastera Sabah (Bahasa) akan menganjurkan program Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024 di Kota Kinabalu, hari ini dan esok (Sabtu).

Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani berkata, majlis pelancaran festival akan diadakan hari ini (23 Ogos) di sebuah hotel terkemuka, di sini. Manakala esoknya akan diadakan Konvensyen Sastera Antarabangsa Malaysia Madani yang membincangkan isu sastera semasa, terutama berkaitan dengan slogan Malaysia Madani.

Advertisement
“Program ini dihadiri oleh ramai tokoh penulis dan sasterawan terkemuka, sama ada dari Malaysia, Negara Brunei DS dan juga Indonesia. 

“Malah, Indonesia menghantar ramai tokoh penulis dan sasterawan ternama, yang boleh menyuntik semangat penulis muda Sabah dalam konteks pengkaryaan,” kata Jasni dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu, pada petang Rabu. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, majlis pelancaran akan diisi dengan persembahan kesenian khas dari Indonesia, seterusnya acara baca puisi esei yang diadaptasi dalam bentuk monolog oleh Jasni Yakub dan diarahkan oleh tokoh teater dan Pejuang Sastera Negeri Sabah, Abdul Karim Gullam.

“Pendeklamasian puisi pula akan menampilkan persembahan penyair tersohor dari Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei DS. Antaranya, Fatin Hamama R Syam, Mohamad Deni Maulana, Fanny Jonathan, Ramayani, Jose Rizal Manua (Indonesia), Haji Jawawi Haji Ahmad, Dr Shawal Nizam Haji Yani (Brunei DS), Bitriz Indra, dan Sitti Aisyah Mad Saad, Hasyuda Abadi, Abizai (Malaysia).”

Advertisement
Manakala Konvensyen Sastera Antarabangsa Malaysia Madani esok (Sabtu) akan menampilkan tokoh seperti Fauzilayatun Mustafa, (pemakalah Utama) Hasyuda Abadi, Connie C Ah Gang, Datuk Jasni Matlani, Dr Siti Aisah Mat Saad, Muizz Awang Marusin, Hasmin Azroy, Ruhaini Matdarin, (Sabah) Abizai, Jaya Ramba (Sarawak) Ahmad Zauawi Che Cob (Melaka) Dr Harun Pudin, Sabiah Ijid (WP Labuan) dan Dr Shahwal Nizam, Haji Jawawi Ahmad (Negara Brunei DS), dan Jose Rizal Manua, Fanny Jonathan dan Fatin Hamama (Indonesia).

Festival bertemakan Membangun Sastera Malaysia Madani ini dianjurkan oleh Bahasa, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dengan Kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia kampus Gaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Komunitas Puisi Esei Asean dan Ikatan Penulis Sabah (IPS).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here