SANDAKAN: Pelbagai jenis rokok bernilai RM5,543,100 merupakan antara barang kes yang dilupuskan oleh pihak polis Daerah Sandakan pada pagi Jumaat.
Proses pelupusan barang kes ini disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek pada jam 10 pagi di Kilang Barang Lusuh Astemewa Sdn Bhd, Batu 8, Sandakan.
“Pelupusan barang kes ini melibatkan 184,770 bungkus pelbagai jenis rokok yang dianggarkan bernilai RM5,543,100 melibatkan 9 kes kontraban yang disiasat dibawah Seksyen135(1)(d) Akta Kastam 1967," kata beliau.
“Turut dilupuskan adalah 504 unit mesin Bitcoin, 12 monitor dan 150 lain-lain peralatan melibatkan kes Bitcoin yang disiasat dibawah Seksyen 379 / 427 Kanun Keseksaan."