TAWAU: Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Bahagian Tawau memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris atau keluarga orang papa bagi seorang lelaki dikenali sebagai Manicam A/L Thevarasu @ Muhammad Fauzi Abdullah, 52.
PKM Tawau dalam satu kenyataan berkata klien jabatan itu, kini berada di Institusi Desa Bina Diri Kota Kinabalu.
Usaha menjejaki keluarga lelaki berkenaan adalah sebagai langkah untuk membolehkan individu tersebut kembali ke pangkuan mereka dan hidup semula dalam komuniti seperti orang lain.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai kebajikan, Sarina Musa atau Rahman Abdullah di PKM Bahagian Tawau menerusi talian 089-715346 atau 089-713143.
Mereka juga boleh datang terus pejabat Kebajikan di TB 14459, Lot A 10 -3, Tingkat 1, KM3, Jalan Air Panas Tawau.