Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan taman industri di Kudat: Ketua Menteri juga serah 444 geran tanah anak negeri
Published on: Sunday, August 25, 2024
Published on: Sun, Aug 25, 2024
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Cadangan taman industri di Kudat: Ketua Menteri juga serah 444 geran tanah anak negeri
HAJIJI menyerahkan geran kepada salah seorang penerima.
KUDAT: Kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 444 geran tanah anak negeri kepada penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Kudat melibatkan jumlah keluasan 1,130.09 hektar.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran itu sempena Pelancaran Program Bakti Madani Kudat 2024 di Dataran Tomborungus, di sini, pada Sabtu.

Advertisement
“Dengan penyerahan geran tanah ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberikan mereka peluang untuk membangunkan tanah tersebut demi masa depan yang lebih cerah.

“Penyerahan geran tanah anak negeri pada hari ini berikutan beberapa siri penyerahan geran tanah yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan antaranya di Pitas dan di Pintasan, Kota Belud. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak dan kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan, tanggungjawab ini diambil dengan penuh dedikasi untuk memastikan kesejahteraan dan kestabilan sosio ekonomi rakyat,” katanya.

Menurut Hajiji, pemberian geran itu termasuk 353 geran bagi DUN Matunggung, 55 geran bagi DUN Tanjong Kapor dan 36 geran bagi DUN Banggi.

Advertisement
Pada majlis itu, Hajiji turut menekankan pentingnya membawa pembangunan di daerah berkenaan, termasuk bercadang mewujudkan sebuah taman perindustrian yang baharu di Kudat.

Beliau berkata, pewujudan taman perindustrian di Kudat sesuai kerana daerah ini mempunyai pelbagai kemudahan sedia ada, termasuk laut yang dalam dan pelabuhan, selain lokasi yang strategik kerana dekat dengan beberapa negara seperti China, Korea dan Jepun.

Advertisement
“Justeru, amat penting untuk kita membawa pembangunan di daerah ini dengan pembinaan taman perindustrian, yang sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk dan daerah ini.

“Kira-kira 5,000 ekar kawasan diperlukan, oleh itu, kita memerlukan kerjasama daripada wakil rakyat, Ahli Parlimen dan rakyat yang mungkin terlibat tanahnya, berikutan lokasi kawasan sudah dikenal pasti.

“Konsep kita bukan ambil tanah tetapi kita libatkan rakyat yang ada tanah di kawasan yang dikenal pasti.

“Bagaimanapun, kita akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri serta Ahli Parlimen di daerah ini,” katanya, menambah cadangan ini juga perlu diteliti secara terperinci terlebih dahulu.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata Program Bakti Madani Kudat 2024 adalah satu pendekatan yang sangat relevan bagi meluaskan lagi kefahaman konsep Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya kepada masyarakat hingga ke peringkat akar umbi. 

“Semua usaha kerajaan ini terutama menerusi agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya kini berada di landasan yang betul, yang pastinya telah dan akan mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Program hari ini adalah satu program yang amat baik untuk menyantuni rakyat dengan pelbagai perkhidmatan baik daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, syarikatsyarikat GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah disediakan menerusi reruai pameran masing-masing.

“Justeru, saya berharap program ini diperluaskan ke daerah lain agar lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi menerima manfaat daripada program ini. 

“Kita akan terus berusaha untuk membina ekonomi yang mampan dan inklusif, termasuklah mempromosikan pelaburan dalam sektor-sektor utama seperti pelancongan, pertanian, dan perindustrian serta ekonomi baharu di negeri ini iaitu Ekonomi Biru,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here