Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan kehadiran populasi buaya di Sungai Darau dan sungai berhampiran Depoh DBKK, di sini, menurut laporan berita.
Menerusi laporan dikeluarkan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi DBKK, hari ini, kehadiran reptilia itu dikesan menerusi operasi bersepadu pemantauan buaya di sekitar bandar raya ini pada 19 hingga 20 Ogos lalu, lapor Info X.
“Hasil pelaksanaan operasi bersepadu pemantauan buaya di sekitar bandar raya Kota Kinabalu pada 19 dan 20 Ogos lalu berjaya mengesan dua lokasi yang mempunyai kehadiran populasi buaya iaitu di Sungai Darau dan sungai berhampiran Bengkel Depoh DBKK,” kata laporan itu.
Bagaimanapun, pemantauan menggunakan bot dan dron merumuskan jumlah populasi buaya di bandar raya ini adalah terkawal.