Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemerkasaan wanita bina masyarakat progresif
Published on: Friday, August 30, 2024
Published on: Fri, Aug 30, 2024
Text Size:
Text:
Pemerkasaan wanita bina masyarakat progresif
JULIAH bersama Presiden Sabah Social Entrepreneurs and Eco Development (Seed), Datuk Aminah Ambrose dan Exco Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) bergambar bersama jemputan dan peserta program itu.
Kota Kinabalu: Pemerkasaan wanita merupakan satu elemen yang amat penting dalam membina masyarakat progresif, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag. 

Katanya, pemerkasaan bukan saja berkaitan memberi kuasa atau peluang kepada wanita, tetapi juga memberikan kesedaran kepada setiap individu untuk memperkasakan diri mereka sendiri dan juga keluarga. 

Advertisement
“Kita perlu menggalakkan kesedaran ini dalam kalangan wanita, lelaki dan generasi muda. 

“Ini kerana pemerkasaan yang sebenar adalah untuk memberikan ruang kepada setiap individu untuk berkembang, mencapai potensi penuh mereka dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan keluarga, masyarakat, negeri dan negara,” katanya pada Program Kesedaran Pemerkasaan Gender dan Kesihatan Mental Wanita di Hilton Hotel, di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, dalam dunia yang semakin mencabar ini, isu kesihatan mental melibatkan kaum wanita tidak boleh diabaikan kerana mereka cenderung mengalami masalah mental berbanding lelaki. 

Menurutnya, secara global isu kesihatan mental melibatkan wanita direkodkan dua kali ganda berbanding lelaki disebabkan wanita sering menghadapi tekanan lebih tinggi akibat daripada pelbagai peranan yang mereka mainkan, sama ada sebagai isteri, ibu, suri rumah, pekerja dan pemimpin dalam masyarakat. 

Advertisement
Katanya, menurut pakar terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kecelaruan mental dalam kalangan wanita dan faktor paling utama adalah kerana genetik atau keturunan. 

Bagaimanapun katanya, masalah ini masih boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti gangguan bahan kimia dalam otak, selain faktor tekanan yang merupakan antara penyebab masalah kecelaruan mental yang berpunca daripada diri sendiri, keluarga, pasangan, majikan, rakan serta media sosial. 

Advertisement
Menurutnya, masalah kesihatan mental boleh ditangani sebaiknya jika ia dicegah lebih awal. 

“Justeru amat penting kita memastikan golongan wanita mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menjaga kesejahteraan mental mereka, termasuklah kemudahan rawatan komprehensif merangkumi aspek fizikal dan psikologi seperti kaunseling,” tegasnya. 

Juliah berkata, kerajaan negeri akan terus memperkasa golongan wanita di Sabah melalui pelbagai program pembangunan wanita yang merupakan aset yang mampu menyumbang kepada pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.83 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Sabah untuk membiayai pelaksanaan program kepimpinan dan pembangunan wanita di negeri ini. 

Katanya, kemudahan pinjaman mikro kredit untuk wanita diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta yang disalurkan kepada Yayasan Usaha Maju (YUM). 

“Langkah ini adalah untuk memastikan mereka mendapat peluang dan manfaat yang setara, dan bergerak maju ke hadapan bagi mencapai matlamat pemerkasaan gender,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here