Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat hantaran dengan kata-kata jelik di platform media sosial.
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan syarat RM1,000 tanpa deposit untuk bon berkelakuan baik beserta seorang penjamin terhadap Annuar Sanip.
Annuar, 44, mengaku bersalah menghantara kata-kata jelik melalui laman profil Facebook pada 12 Sept 2022 pukul 1.15 petangi, bagi menyinggung perasaan orang lain, di mana komen itu dibaca oleh Mohd Razif Osmanuddin di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu.
Kesalahan di bawah Subseksyen 233(1)(a) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya PG Johari, ketika mengemukakan fakta kes, memaklumkan mahkamah bahawa siasatan mendapati akaun Facebook itu milik Annuar.
Siasatan juga mendedahkan bahawa ID akaun Facebook dilog masuk menggunakan telefon bimbit yang dirampas daripada Annuar, mahkamah diberitahu.
Annuar diwakili peguam Aaron Mark Pius.
Sementara itu, seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menyerang rakan sekerjanya.
Khairul Anuar Hasan, 32, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Saidi Ahmad Faizal pada 11 Okt 2022, jam 8 malam, di hadapan penginapan bujang pegawai itu di kem Lok Kawi, Putatan.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula dan menawarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 serta dua orang penjamin dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mengendalikan pendakwaan manakala Khairul diwakili peguam Farazwin Haxdy.