Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hari Sabah bukti semangat kebangsaan, rakyat tidak iktiraf tuntutan luar
Published on: Saturday, August 31, 2024
Published on: Sat, Aug 31, 2024
Text Size:
Text:
Hari Sabah bukti semangat kebangsaan, rakyat tidak iktiraf tuntutan luar
Ketua Menteri beramah mesra dengan orang ramai yang hadir sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, pada Sabtu. (Gambar JKM)
Kota Kinabalu: Sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan orang Sabah untuk mendapat kebebasan dari penjajah sekaligus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan pagi kerana rakyat negeri ini telah memilih untuk bersama-sama membentuk negara Malaysia.

Advertisement
“Hari Sabah yang diraikan bersama-sama Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah hari yang sangat bersejarah. Ia adalah bukti semangat patriotisme orang Sabah untuk mendapat kebebasan daripada penjajah kerana Sabah adalah sebahagian daripada Negara Malaysia.

“Masa depan Sabah terletak di tangan kita, oleh itu marilah kita bersama-sama terutama sekali generasi muda untuk menggembleng tenaga, berganding bahu, berusaha sebaik mungkin memastikan negeri ini terus maju dan makmur serta rakyat kekal bersatu padu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuhkan sistem pendidikan, membangunkan infrastruktur yang lebih baik dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negeri,” katanya sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka, di sini, pada Sabtu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here