Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KTI pilih Knight Frank sebagai pengurus
Published on: Saturday, August 31, 2024
Published on: Sat, Aug 31, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
KTI pilih Knight Frank sebagai pengurus
STELLA (kiri) bertukar dokumen ditandatangani dengan Kuruvilla (kanan), sambil diperhatikan Dr Gordon (kedua, kiri) dan Keith.
Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KTI Landmark Berhad dan pemaju pembangunan bercampur pertama di Luyang, The Logg, melantik Knight Frank Property Management, pada Rabu, sebagai firma pengurusan hartanah eksklusifnya.

Pengarah Eksekutif Kumpulan KTI Landmark Berhad Stella Loke menandatangani dokumen mewakili pemaju itu, manakala Pengarah Urusan Knight Frank Property Management Kuruvilla Abraham mewakili syarikat pengurusan hartanah tersebut menandatangani dokumen itu pada Rabu, yang secara rasmi melantik Knight Frank Property Management untuk The Logg, pembangunan yang menggabungkan dengan lancar elemen kediaman, runcit dan gaya hidup.

Advertisement
Stella berkata The Logg menandakan era baharu kehidupan bandar di Luyang yang menampilkan unit kediaman mewah seperti Shorea Tower, Astoria Tower dan blok pangsapuri, Park Hill, hotel Avani bertaraf 4 bintang, semuanya disokong The Logg Mall serta dilengkapi dengan unit komersil dan pelbagai pilihan runcit dan tempat makan. 

“Hari ini juga menandakan peristiwa penting kerana kami secara rasmi melantik Knight Frank Malaysia sebagai pengurus hartanah kami untuk The Logg.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rekod prestasi mereka yang cemerlang, termasuk anugerah seperti The Edge Best Managed & Sustainable Property Awards untuk The Astaka di Johor dan PJ8 di Kuala Lumpur, menyerlahkan kepakaran dan komitmen mereka kepada kecemerlangan.

“Kami amat teruja bekerjasama dengan Knight Frank Property Management untuk memastikan The Logg menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penduduk dan pembeli pusat beli-belah kami.

Advertisement
“Kepakaran Knight Frank dalam mengurus hartanah premium sejajar dengan visi kami untuk The Logg sebagai destinasi mercu tanda di Kota Kinabalu,” katanya.

Stella berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelantikan rasmi Knight Frank Property Management kepada The Logg melalui penandatanganan dua dokumen oleh K.T.I. Sdn Bhd diwakili oleh Stella dan Knight Frank Malaysia oleh Kuruvilla di Galeri Jualan The Logg di Kolombong, di sini, pada 28 Ogos.

Advertisement
Bersama Knight Frank Malaysia, beliau berkata KTI berdedikasi untuk memastikan hartanah mereka menawarkan lebih daripada sekadar nilai – ia menyediakan pengalaman hidup yang dipertingkat.

“Kami teruja untuk memperkenalkan program Centricity oleh Knight Frank Malaysia, direka khas untuk penghuni Shorea dan Astoria.

“Program ini termasuk pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pengangkutan ulang-alik, pembersihan rumah komprehensif, kawalan perosak, dan kerja-kerja awam, elektrik dan paip yang penting, semuanya bertujuan untuk memperkayakan pengalaman hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Knight Frank Malaysia, Keith Ooi yang teruja mengenai kerjasama dengan K.T.I Sdn Bhd, berkata The Logg merupakan pembangunan perintis, dan mereka berbesar hati untuk diamanahkan dengan pengurusannya.

Beliau berkata kerjasama ini menandakan satu peristiwa penting bagi K.T.I. Sdn Bhd dan Knight Frank Property Management, menetapkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan pengurusan hartanah di Sabah.

Beliau berkata Knight Frank Property Management menyelia operasi harian pembangunan, memastikan standard perkhidmatan dan penyelenggaraan tertinggi.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Keith berkata K.T.I. Sdn Bhd, bersama Knight Frank Property Management, akan menyediakan perkhidmatan rumah percuma bagi 200 pembeli pertama unit Shorea dan Astoria untuk dua tahun pertama.

Beliau berkata perkhidmatan ini termasuk pembersihan mingguan, kawalan serangga perosak berkala, penyelenggaraan penyaman udara, dan perkhidmatan pembaikan adhoc, sekali gus memberikan kemudahan dan ketenangan fikiran yang tiada tandingan kepada penghuni.

“Selain itu, penghuni Shorea dan Astoria akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan pengangkutan ulang-alik yang membawa mereka ke lokasi yang ditetapkan di bandar.

“Beroperasi enam hari seminggu dengan enam perjalanan sehari, perkhidmatan ini merupakan faedah nilai tambah oleh pemaju dengan kerjasama Knight Frank Property Management, meningkatkan lagi pengalaman hidup di The Logg,” tambahnya.

Kuruvilla berkata mereka teruja untuk membawa kepakaran pengurusan hartanah syarikat yang luas kepada The Logg.

Beliau berkata tumpuan mereka adalah untuk mengurus harta bersama, mengoptimumkan kecekapan operasi, dan memastikan kepuasan penghuni dan penyewa.

Sementara itu, Stella berkata kerjasama dengan Knight Frank Malaysia memainkan peranan penting dalam menghidupkan visi ini.

“Dari awal, kami berkongsi matlamat yang sama dengan Knight Frank—bukan hanya untuk membina struktur konkrit, tetapi untuk mewujudkan hartanah yang meningkatkan gaya hidup dan meningkatkan nilai hartanah.

“Kami teruja melihat visi ini menjadi kenyataan, dengan The Logg Mall dijadualkan dibuka pada suku pertama 2026, diikuti dengan penyerahan kunci bagi pangsapuri dan suite kediaman,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTI Landmark Berhad Dr Gordon Loke, Pengarah Projek & Pengarah Eksekutif Kumpulan Wilson Loke, Ketua Pegawai Operasinya Azlan Khalid, Ketua Pegawai Kewangannya Harjeet Singh, Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia cawangan Sabah Alexel Chen, Pengarah Urusan Knight Frank PropertyHub Enoch Khoo, Pengarah Eksekutif Knight Frank Property Management Winnie Lim dan Pengarah Knight Frank Property Management, Yuen May Chee.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here