Kota Kinabalu: Pasukan wanita Sabah FA mencipta sejarah apabila mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024 yang akan berlangsung di China hujung bulan ini.
Mereka mengenepikan andaian dengan kemenangan 2-1 ke atas pilihan utama AFC Nasaf 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan C pusingan awal di Stadium Likas pada Sabtu.
Penjaga gol Sabah Nurul Azurin Mazlan menampilkan satu lagi aksi cemerlang, tetapi dua gol seorang lagi pemain import Win Theingi Tun dari Myanmar yang mengesahkan tempat mereka ke peringkat kumpulan.
Sabah memerlukan kemenangan dan tiga mata untuk mengungguli kumpulan manakala lawan mereka dari Uzbekistan hanya memerlukan satu mata untuk mara berikutan kemenangan 1-0 ke atas APF FC pada perlawanan awal.
Aksi jelas seimbang dalam 10 minit pertama walaupun Nur Azulin terpaksa membuat tampanan penting menafikan percubaan lawan seawal minit pertama.
Sabah memperolehi dua peluang menjaringkan gol dalam tempoh ini, tetapi Henrietta Justine dan Intan Serah kedua-duanya terjatuh ketika mereka mendapat lorongan baik.
AFC Nasaf mendominasi sepenuhnya selepas itu dengan pemain Sabah sibuk mempertahankan gawang mereka sehinggalah Win Theingi Tun menjaringkan gol pembukaan menentang arus permainan pada minit ke-32.
Gol lawan Gulomova Kumushoy tidak dapat menahan rembatannya daripada masuk susulan umpanan Henrieta yang sebelumnya menerima bola daripada Siti Serah.
AFC Nasaf mempunyai banyak peluang untuk menyamakan kedudukan selepas kejutan tersebut tetapi penyudah mereka tumpul dan Julianka Barek turut bertindak baik menghalang satu percubaan yang menuju gawang sebelum ditanduk keluar oleh Siti Nurfaizah Saitin.
Gulomova kemudian melakukan satu lagi kesilapan pada minit ke-41 apabila dia melepaskan sepakan penalti setelah pertembungan dengan Henrieta ketika dia cuba menangkap semula bola muntah daripada sepakan percuma yang diambil oleh Steffi Sarge Singh.
Walaupun berjaya menyekat sepakan awal penalti yang diambil oleh Eri Narita, nasibnya malang apabila Win Theingi bertindak pantas menyempurnakan bola yang melantun untuk menggandakan kelebihan.
AFC Nasaf meneruskan penguasaan mereka pada separuh masa kedua tetapi sekali lagi tidak dapat menemui sasaran sehingga minit ke-66 apabila Karachik Lyudmila menyaksikan percuabannya menggegarkan jaring tetapi tidak disahkan kerana ofsaid.
Benteng Sabah akhirnya bolos lapan mint sebelum permainan berakhir apabila rembatan jarak dekat Alvine Ngonja merapatkan jurang, tetapi walaupun terus mengasak, AFC Nasaf gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat ditiupkan.
Ketua jurulatih Justin Ganai mengakui bahawa ia adalah keputusan yang tidak dijangka dan memuji pemain yang menunjukkan semangat mereka.
“Saya mesti berterima kasih kepada pemain. Ia bukan kerja yang mudah tetapi mereka melakukannya dengan sangat baik untuk meraih kemenangan.
“Kemenangan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah dan Ketua Menteri Datuk Hajiji Mod Noor kerana kita menyambut Hari Sabah hari ini.
“Saya juga harus berterima kasih kepada Sabah FA atas sokongan dan pengurus pasukan kami Arziz Afizy atas usaha beliau untuk memastikan kejayaan pasukan ini,” katanya.
Pada pusingan seterusnya, Sabah diundi dalam kumpulan A bersama Wuhan Jiangda Women’s FC dari China, Hyundai Steel Red Angels Women FC Korea dan UAE Abu Dhabi Country Club.
Justin berkata mereka akan memulakan persiapan tidak lama lagi dan menganggap ia akan menjadi tugas yang sukar tetapi berharap pemain dapat memberikan yang terbaik.