SEBUAH teater muzikal legenda Duzung, The Origin of Hampo Rungus bakal dipentaskan untuk tontonan peminat pada 20, 21 dan 22 September ini di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.
Teater muzikal adaptasi legenda suku kaum Rungus dari Pitas itu adalah hasil cetusan idea serta skrip daripada Anang Moo dan diarahkan oleh Sharifuddin Zainal. Ia dipentaskan dan dipersembahkan dengan kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu (Perkasih), JKNS dan Stage Production.
Pengerusi Perkasih, Datin Vinnie Nursyahirah Abdullah berkata pementasan teater muzikal dengan identiti etnik Rungus itu adalah ilham dan cetusan idea yang ingin membawa aspek seni budaya kaum Rungus, khasnya dari kawasan Pitas.
“Kita ingin perkenalkan mitos Duzung versi Rungus, kerana kisah ini mengetengahkan budaya dan identiti Rungus dan busana yang digayakan. Untuk pementasan tiga hari itu, kita sasarkan untuk mendapat kunjungan hampir 2,000 penonton.
Advertisement





