Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tawaran lanjut pelajaran secara percuma di Serbia
Published on: Tuesday, September 03, 2024
Published on: Tue, Sep 03, 2024
Text Size:
Text:
Tawaran lanjut pelajaran secara percuma di Serbia
ZULKIFLI (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar sambil disaksikan Jeffry (kiri).
Kota Kinabalu: Kerajaan Serbia mempelawa Kerajaan Sabah untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran di negara itu di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Konsul Kehormat Republik Serbia di Malaysia, Datuk Zulkifli Amin Mamat berkata tawaran tersebut termasuk kos yang akan dibiayai oleh pihaknya.

Advertisement
“Kita bercadang untuk mempelawa kerajaan negeri untuk menghantar pelajar-pelajar terpilih ke Serbia yang mana kita akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Serbia di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,” katanya.

Menurut beliau, Sabah merupakan antara negeri di negara ini yang mempunyai keistimewaan terutama dari segi tempat-tempat menarik khususnya pulau dan pantai yang indah yang boleh dikunjungi oleh rakyat Serbia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ketika ini kita sedang menggalakkan rakyat Serbia untuk keluar melancong dan daripada mereka pergi ke negara-negara lain apa salahnya mereka datang ke Sabah kerana Serbia tiada pantai,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, Isnin. 

Beliau diiringi pegawainya, Datuk Jeffry Mohd Ali.

Advertisement
Tambah Zulkifli, tujuan kunjungan adalah bagi merapatkan hubungan antara Malaysia dan Republik Serbia.

“Kunjungan pada hari ini adalah salah satu dari siri kunjungan rasmi kepada pembesar-pembesar negeri bagi memaklumkan tentang peluang-peluang yang boleh diterokai oleh kedua-dua belah pihak terutama bagi sektor pendidikan dan pelancongan,” jelasnya.

Advertisement
Beliau turut memaklumkan kini terdapat kurang 100 orang rakyat republik itu berada di Malaysia dan kebanyakannya adalah golongan profesional yang bertugas di Kuala Lumpur dan Sarawak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here