Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kebun durian tarikan baharu Taman Pertanian Sabah
Published on: Tuesday, September 03, 2024
Published on: Tue, Sep 03, 2024
By: Marutin Ansiung and Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kebun durian tarikan baharu Taman Pertanian Sabah
PELBAGAI jenis durian kini boleh didapati di Pasar Terbuka Ranau.
Tenom: Taman Pertanian Sabah (TPS) bakal mempunyai tarikan terbaru apabila kebun duriannya membuahkan hasil dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang sekali gus merancakkan aktiviti agrotourism di negeri itu.

 

Advertisement
Pegawai Pertanian TPS Nur Edna Hasreen Ahlun berkata para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis buah durian premium apabila kebun itu dibuka kelak.

“Durian yang ditanam jenis premium antaranya Musang King, Black Thorn, Musang Queen 168, Asfa50, Mdur88 dan Udang Merah,” katanya kepada Bernama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pada masa ini, pokok-pokok durian ditanam di kawasan seluas kira-kira 32 hektar itu berusia antara lima hingga enam tahun dan belum menghasilkan buah yang banyak.

Nur Edna Hasreena berkata TPS yang mempunyai keluasan 194 hektar itu merekodkan 10 peratus pengunjung dari luar negara setiap tahun kebanyakannya dari China dan Eropah.

Advertisement
“Ada pengunjung yang datang adalah peminat buah-buahan kerana di TPS ada buah-buahan yang mudah untuk dijumpai tanpa perlu masuk ke dalam hutan,” katanya menambah TPS mempunyai koleksi lebih daripada 1,500 buah-buahan dan tumbuhan.

Beliau berkata selain buah-buahan, TPS juga mempunyai Taman Orkid Tempatan yang memiliki antara koleksi terbesar orkid low land di Malaysia iaitu sebanyak 350 jenis.

Advertisement
Sementara itu, Nur Edna Hasreena berkata TPS mencatatkan 17,000 pengunjung tahun lepas, iaitu melepasi sasaran 15,000 yang ditetapkan.

Beliau berkata pelbagai aktiviti diadakan tahun ini antaranya Pesta Bunga dan Buah-Buahan Indigenous 2024 yang berakhir pada Ahad.

TPS terletak kira-kira 18 kilometer dari Pekan Tenom dengan tiket masuk RM10 bagi dewasa, RM5 kanak-kanak selain menyediakan bas mini untuk membawa pengunjung melihat kawasan TPS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here