Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Naiktaraf jambatan Sg Pancuran akan ambil masa 18 bulan: Jurutera Daerah
Published on: Thursday, September 05, 2024
Published on: Thu, Sep 05, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Naiktaraf jambatan Sg Pancuran akan ambil masa 18 bulan: Jurutera Daerah
JAMBATAN Sg Pancuran ini akan dinaiktaraf.
NABAWAN: Jambatan Sg Pancuran yang dibuka semula untuk kegunaan umum belum siap kerja menaiktarafnya, kata Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Nabawan Ahmad Fairuz Yunus.

Beliau berkata, projek jambatan ini akan mengambil tempoh 18 bulan untuk siap.

Advertisement
“Skop yang terlibat termasuk kerja-kerja pembukaan komponen jambatan, pengalihan aset utiliti milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), kerja-kerja penanaman cerucuk dan kerja turapan jalan,” jelasnya ketika diminta mengulas suatu video berdurasi 37 saat yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam rakaman video itu ada suara individu yang mengatakan, “Ini dulu jambatan yang (Adun Nabawan) YB Datuk Ghani cakap sudah bikin, itu ari sudah tutup hahaha ok, kamu tengok ah ini dia punya jambatan itu sudah tutup tapi saya sangka sudah siap ba ini jambatan, jambatan emas kita punya YB Adun ucap itu ari na, oyoh bagus sudah oh konkrit ba itu hahaha jangan marah ah” 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Merujuk kepada kejadian air sungai melimpah ke jalan alternatif di Jalan Kraftangan sehingga kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut, Ahmad Fairuz berkata, JKR telah mengambil inisiatif untuk menangguhkan kerja pembukaan komponen jambatan Bailey itu untuk memastikan ia masih selamat digunakan penduduk memandangkan tiada laluan lain untuk penduduk masuk dan keluar dari pekan Nabawan apabila berlakunya kejadian banjir di Jalan Kraftangan. 

Dalam masa yang sama, katanya, JKR Daerah akan terus berurusan dengan Ibu Pejabat JKR untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan penduduk mendapat laluan selamat dan selesa setiap masa, dalam apa jua keadaan apabila  Jambatan Sg Pancuran ditutup kepada awam kelak untuk kerja-kerja menaiktaraf. 

Advertisement
Oleh yang demikian, tegasnya, JKR Daerah memohon agar pihak umum bersabar dan tidak menaburkan fitnah terhadap kerja-kerja pembangunan di daerah ini. 

Jelasnya, jambatan Sg Pancuran ini akan terus dibuka sebagai laluan penduduk sehingga satu kaedah penyelesaian dapat dicapai. 

Advertisement
Beliau berkata, pihak kontraktor bagi projek ini akan terus melaksanakan kerja penyenggaraan jambatan dan lain-lain kerja yang tidak menghalang laluan penduduk. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here