Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
UMS akan bangunkan hotel, makmal
Published on: Thursday, September 05, 2024
Published on: Thu, Sep 05, 2024
By: Jozie John
Text Size:
Text:
UMS akan bangunkan hotel, makmal
KASSIM bersama yang lain menyempurnakan gimik perasmian pecah tanah hotel dan makmal itu.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan membangunkan sebuah hotel dan makmal lima tingkat yang dijangka siap menjelang 2026.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata pembinaan Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP) itu membabitkan peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Kumpulan Wang Pembangunan Universiti.

Advertisement
“UMS kini berusia 30 tahun, dan kami berhasrat untuk menjadi sebuah universiti yang dihormati dan komprehensif yang melahirkan graduan yang dicari industri.

“Hotel ini adalah salah satu inisiatif kami untuk memenuhi keperluan industri, khususnya menyumbang kepada sektor pelancongan di Sabah dan Malaysia secara umumnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan hotel tersebut di sini, Rabu.

Pembinaan hotel dan makmal itu, yang dijangka bermula selewatnya hujung tahun ini, akan dijalankan di atas tanah seluas setengah ekar.

Advertisement
“Kami di UMS bertuah memiliki landskap indah, dan hotel makmal ini akan menyediakan pemandangan 5-bintang, termasuk pemandangan laut dan matahari terbenam.

“Hotel ini akan menempatkan 20 bilik dan akan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelajar, termasuk dewan acara yang mampu menampung sehingga 150 peserta.

Advertisement
“Kami akan mengumpulkan dana tambahan untuk hotel ini apabila perlu. Pembangunan dan perluasan hotel ini akan terus bertambah besar dan lebih bermakna.”

Sementara itu, Profesor Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim, Dekan FPEP UMS, berkata hotel itu akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi Program Pengurusan Hospitaliti, melalui pendekatan pembelajaran melalui eksperimentasi dan amali.

“Sebaik siap, Hotel UMS dan Makmal Pengajaran Hospitaliti ini akan mendedahkan pelajar kepada operasi sebenar sebuah hotel komersial merangkumi operasi pejabat, perkhidmatan bilik, pengemasan rumah, pengurusan acara, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dan lain-lain,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here