Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Operasi meroboh rumah setinggan di Kunak Tiga bermula Rabu
Published on: Thursday, September 05, 2024
Published on: Thu, Sep 05, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Operasi meroboh rumah setinggan di Kunak Tiga bermula Rabu
Operasi perobohan penempatan setinggan di perairan Kg Kunak Tiga yang bermula pada Rabu.
KUNAK: Suatu operasi selama tiga hari dilaksanakan untuk merobohkan struktur haram penempatan setinggan di perairan Kg Kunak Tiga, yang diduduki majoriti etnik Pala’u 

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat berkata, operasi yang bermula Rabu itu turut disertai Majlis Daerah Kunak (MDKNK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Perhutanan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan beberapa lagi agensi kerajaan.

Advertisement
“Ia dilakukan untuk membersihkan kawasan perairan pinggir laut di situ daripada koloni setinggan,” katanya.

Selain gergaji berantai, jengkaut dan traktor turut digunakan dalam kerja-kerja perobohan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Anggota penguatkuasa dilihat meredah air laut hingga ke paras pinggang untuk sampai ke kawasan rumah setinggan itu, selain ada yang menggunakan perahu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Kampung Kunak Tiga, Panglima Abdul Lahil Sarail berkata kawasan penempatan komuniti Pala’u atau Bajau Laut dan warga asing di situ merangkumi ratusan koloni setinggan yang diduduki sejak sekian lama.

Advertisement
Satu notis arah roboh, pindah dan mengosongkan kawasan setinggan itu dalam tempoh 30 hari dikeluarkan bersama oleh Majlis Daerah Kunak (MDKNK) dan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada 27 Jun lepas kepada semua penghuni setinggan berkenaan kerana kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada syarikat Borneo Samudera Sdn Bhd.

“Ada kalangan komuniti Pala’u yang merobohkan sendiri rumah mereka dan menggunakan perahu terapung sebagai tempat tinggal mereka,” kata Abdul Lahil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here