Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Program sebarkan Jiwa Komuniti Madani 2024
Published on: Friday, September 06, 2024
Published on: Fri, Sep 06, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Program sebarkan Jiwa Komuniti Madani 2024
MURNEH bergambar bersama peserta.
Tuaran: Seramai 166 peserta dari Kampung Tambalang Komuniti Madani di Sulaman di sini mengadakan pembersihan di tanah perkuburan Islam kampung itu, baru-baru ini.

Mereka adalah sebahagian daripada Program Jiwa Komuniti Madani 2024 yang merupakan pendekatan kerajaan dalam menghebahkan maklumat tentang dasar, inisiatif dan kempen secara bersemuka dan disasarkan.

Advertisement
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulaman Murneh Lamsari merasmikan majlis penutup di SK Agama Kg Tambalang bagi program itu yang melibatkan warga UPPM, penduduk tujuh kampung dan persatuan ibu bapa guru, antara lain.

Beliau berkata, masyarakat masih belum memahami peranan Komuniti Madani dan oleh itu mereka menggunakan pengaruh pihak ketiga seperti Jabatan Penerangan dan media sosial.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Murneh turut mencadangkan pembiayaan aktiviti itu dinaikkan sebanyak RM1000 daripada peruntukan semasa bagi meningkatkan skop kempen dan penyertaan masyarakat.

“Dana pentadbiran juga perlu ditingkatkan daripada RM3000 kepada RM5000 untuk menampung keperluan pentadbiran, bahan bercetak bagi setiap aktiviti, pautan komunikasi, talian data dan keperluan berkaitan.

Advertisement
“Dana untuk menjalankan lebih banyak aktiviti dan program harus dikreditkan terus ke akaun Komuniti sebagai KPI kepada pemimpin Komuniti.

“Ia mesti disusuli dengan laporan bercetak dan bergambar serta laporan media awam di peringkat komuniti melalui platform media sosial bagi mengelak penyalahgunaan dana yang diperuntukkan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here