Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
18 sukarelawan siswa berkampung 10 hari di Suasa
Published on: Friday, September 06, 2024
Published on: Fri, Sep 06, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
18 sukarelawan siswa berkampung 10 hari di Suasa
RUSLAN (tengah) bersama mahasiswa yang terlibat dalam program itu.
BEAUFORT: Kepelbagaian komposisi dan latar belakang penduduk mendorong 18 mahasiswa memilih tinggal selama 10 hari di Kampung Suasa, di sini, menerusi program Misi Sukarelawan Siswa.

Program berkonsepkan keluarga angkat itu adalah anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan disertai penuntut dari pelbagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung.

Advertisement
Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, pihaknya berbesar hati menerima kehadiran mahasiswa itu yang dilihat dapat membantu masyarakat setempat menerusi program yang dilaksanakan kelak.

“Semua mahasiswa ini akan melaksanakan misi sukarelawan sepanjang berada di sini menerusi pelbagai program yang telah dirangka antaranya melibatkan pendidikan kanak-kanak setempat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Aktiviti dijalankan ini juga dapat membantu mahasiswa memperkasa jati diri dan prihatin dengan masyarakat sekeliling serta berdaya saing, sekaligus membentuk modal insan bersahsiah.

“Justeru, ambil peluang menimba pengalaman di program ini kerana ia adalah proses pembelajaran dan menambah kematangan sebagai persediaan mengharungi dunia luar selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program MISI Sukarelawan Siswa Ke Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Suasa, di sini pada Khamis.

Sebanyak 10 keluarga di kampung itu telah terpilih menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa terbabit yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Advertisement
Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri turut menyarankan IPTA tempatan untuk mengadakan program seumpamanya khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Katanya, inisiatif berkenaan mampu membuka minda bukan saja mahasiswa terlibat tetapi juga masyarakat setempat mengenai betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan.

“Kehadiran mahasiswa ini dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan penduduk dengan merangsangkan minat anak-anak belajar hingga ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

“Selain itu, pembabitan mahasiswa dengan penduduk akan mewujudkan perkongsian ilmu, sekaligus memberi peluang kepada penduduk memahami dasar pembangunan kerajaan khususnya berkaitan kemudahan pendidikan negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here