SANDAKAN: Kira-kira dua juta pekerja di Sabah bakal menerima manfaat berkaitan antaranya jumlah cuti materniti, akan mempunyai cuti paterniti, masa kerja fleksibel dan mempunyai hak anti diskriminasi pekerja sama seperti pekerja di Semenanjung sekiranya pindaan Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) diluluskan di Parlimen selepas bacaan pertama diusulkan di Dewan Rakyat pada Julai lepas dan bacaan kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, pindaan yang bersejarah itu dan diusahakan selama hampir 20 tahun itu juga akan menyeragamkan hak serta perlindungan golongan pekerja di Sabah dengan Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) jika ia diluluskan.
Pihaknya juga merakam penghargaan kepada semua Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyokong usaha pindaan rang undang-undang berkaitan Ordinan Buruh Sabah yang bakal dinikmati oleh pekerja di Sabah jika pindaan ordinan berkenaan diluluskan.