Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pertandingan fotografi sempena Hari Malaysia
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Pertandingan fotografi sempena Hari Malaysia
Pertandingan fotografi bertemakan Hari Malaysia (Jiwa Merdeka) ini dibuka kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 17 tahun dan belia berumur 18 hingga 40 tahun. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
SIPITANG: Pertandingan fotografi sempena sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Mesapol, di sini, pada 11 September dengan penyertaan dibuka bermula 7 September.

Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Mesapol, Zuhair Calvin Ng Mohd Firdaus berkata penyertaan hanya menggunakan telefon pintar.

Advertisement
“Pertandingan fotografi bertemakan Hari Malaysia (Jiwa Merdeka) ini dibuka kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 17 tahun dan belia berumur 18 hingga 40 tahun,” katanya.

Menurutnya, setiap gambar perlu disertakan slogan “Bersama Nadi” dan tarikh penghantaran gambar dari 7 September hingga 11 September. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gambar haruslah diambil menggunakan telefon pintar sahaja dalam format JPEG atau HEIC, dan dihantar melalui e-mel ke info@eflean.my.  

Peserta perlu sertakan nama dan nombor kad pengenalan.

Advertisement
Beliau berkata, kelas fotografi wajib juga diadakan hari ini (Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari untuk mempelajari teknik mengambil gambar dan suntingan. 

Bayaran RM5 dikenakan bagi bukan ahli Nadi.

Advertisement
Bagi kategori belia, johan akan membawa pulang tunai RM300, naib johan RM150 dan tempat ketiga RM100.

Bagi kategori pelajar pula, johan akan menerima tunai RM200, naib johan RM100 dan tempat ketiga RM50. Sementara tujuh hadiah sagu hati berupa tunai RM20 juga tersedia.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here