Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis tidak terima laporan individu menyamar pegawai KDN
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis tidak terima laporan individu menyamar pegawai KDN
TAWAU: Polis Tawau tiada menerima sebarang laporan berkaitan satu kumpulan pergi dari rumah ke rumah berpura-pura menjadi Pegawai Dalam Negeri seperti mesej tular di media sosial, setakat ini.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin juga mengesahkan tiada laporan kejadian rompakan oleh mana-mana individu menyamar seperti didakwa dalam pesanan tersebut.

Advertisement
Bagaimanapun, beliau menasihatkan semua masyarakat agar sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan.

“Untuk makluman, pada masa ini daerah Tawau berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa bekerjasama baik dengan balai polis berhampiran dan menyimpan nombor telefon talian Hotline IPD Tawau di 089-772121 atau balai polis terdekat.

Sekiranya berlaku sebarang kejadian, katanya, mereka boleh berhubung dengan pihaknya atau tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Tawau mengambil maklum berkaitan mesej tular tersebut.

Katanya, mereka didakwa mempunyai dokumen dan kepala surat jabatan KDN dan mendakwa mereka perlu mengesahkan bahawa semua orang mempunyai kad pengenalan yang sah untuk banci yang akan datang.

Advertisement
Mesej berkenaan turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak memberikan sebarang maklumat kepada kumpulan tersebut kerana pergerakan mereka yang berpenampilan rapi itu adalah palsu dan mahu merompak rumah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here