Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam didakwa cabul empat wanita
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjawat awam didakwa cabul empat wanita
Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 45 tahun didakwa atas enam pertuduhan mencabul empat wanita.

Supian Buang mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya apabila dia dihadapkan secara berasingan di hadapan Majistret Dzul Helmy Yunus dan Majistret Marilyn Kelvin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, Supian didakwa mencabul wanita berusia 20, 25, 28, 29, masing-masing pada 2021, 2022 dan 2023 di pejabat, di luar rumah dan di dalam kereta.

Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dzul Helmy menawarkan Supian ikat jamin sebanyak RM1,400 serta dua orang penjamin tempatan, seorang daripada mereka mestilah kakitangan kerajaan, bagi setiap pertuduhan bagi pertuduhan pertama hingga ketiga.

Sementara itu, Marilyn melepaskan  Supian dengan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan dua orang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan untuk pertuduhan keempat hingga keenam.

Advertisement
Kes Supian akan disebut pada 23 Okt tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi manakala peguam Luke Ressa Balang mewakili Supian untuk permohonan ikat jamin.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here