Kundasang: Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merasmikan Festival Mongigol Bundu Tuhan 2024 diadakan di Dewan Siba Kampung Bundu Tuhan, di sini pada Jumaat.
Semasa festival berlangsung selama tiga hari itu, Dr Joachim melahirkan rasa bangganya melihat golongan belia kampung terlibat secara aktif dalam festival yang mengangkat budaya dan tradisi mereka.
Bundu Tuhan juga sumber kebanggaan Ranau kerana melahirkan ramai graduan dalam pelbagai jurusan seperti doktor, peguam, jurutera dan arkitek sejak tahun 80-an, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Beliau mengucapkan tahniah dan pujian kepada Pengerusi Penganjur, Adrian Soidi serta 200 penduduk Bundu Tuhan menjayakan festival tersebut.
Adrian berkata, antara aktiviti akan diadakan sepanjang tiga hari itu ialah sesi taklimat, pertandingan Hiis, persembahan tarian Mongigol dan cabutan bertuah.
Dr Joachim juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Juara Hiis dari Bundu Tuhan yang telah memenangi 7 kali di peringkat negeri.
Turut hadir Ketua Daerah, OKK Dominic Ganie; Pengerusi KDCA Bundu Tuhan, Joaneseh James Ghani; Pengerusi Jawatankuasa dan Protokol (JKPA) Bundu Tuhan, Johnny Ganie; Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta pelajar SK Bundu Tuhan dan SMK Bundu Tuhan Ranau.