Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kota Kinabalu intai jadi Kota Sastera Dunia Unesco
Published on: Tuesday, September 10, 2024
Published on: Tue, Sep 10, 2024
Text Size:
Text:
Kota Kinabalu intai jadi Kota Sastera Dunia Unesco
Jasni menyampaikan cenderamata kepada Mayor Datuk Seri Sabin, sambil disaksikan Indra, Jamawi dan Abd Karim di majlis itu.
Kota Kinabalu: Bandaraya Kota Kinabalu (KK) akan memohon untuk diiktiraf sebagai Kota Kreatif Sastera Dunia dari Unesco dalam tempoh terdekat, dalam rangka Unesco Cities Network (UCCN). 

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, jika menjadi kenyataan Kota Kinabalu akan menjadi bandaraya kedua menjadi kota sastera dunia di Asia Tenggara selepas Kota Jakarta pada 2021.

Advertisement
“Ini peluang terbaik untuk Bandaraya Kota Kinabalu diiktiraf sebagai Kota Sastera Dunia, kerana kita sudah mendapat lampu hijau daripada pihak Mayor Bandaraya, dan kita berharap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan Sabah juga akan membantu iltizam dan cita-cita murni ini,” kata Jasni.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah, di pejabat beliau di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir dalam kunjungan hormat itu, penasihat undang-undang Bahasa merangkap Pengarah Hakim Mahkamah Industri Negeri Sabah dan Sarawak Datuk Indra Ayub, Penasihat ekonomi Bahasa merangkap Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Datuk Jamawi Jaafar, dan Naib Presiden 1 Bahasa Abd Karim Gullam.

Hadir sama dari DBKK, Timbalan Ketua Pengarah DBKK Faradillah Abdul Rani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK Dr Benedick Oliver Lidadun, Ketua Staf Pejabat Mayor Rosie Inus Molukun dan pegawai penerangan DBKK Nurnabilah Berhaman.

Advertisement
Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, secara umum program sastera bertaraf antarabangsa telah pun diadakan secara konsistan di Kota Kinabalu Sejak 1970-an sehingga kini.

“Kota Kinabalu sudah menjadi lubuk sastera sejak sekian lama dan telah melahirkan ramai sasterawan hebat. Empat orang daripadanya sudah pun dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah. Semua ini sangat membantu usaha kita untuk mendapatkan pengiktirafan,” kata Jasni.

Advertisement
Katanya, mereka hanya memantapkan beberapa bahagian yang masih berlaku kelompangan untuk menyokong permohonan ini. Misalnya sokongan Mayor Bandaraya, sokongan Kerajaan Sabah dan seterusnya dari segi penganjuran Majlis Baca Puisi Bandaraya, yang selepas ini akan diadakan setiap tiga bulan sekali di Dataran Deasoka, Jalan Gaya di sini.

Malah beberapa program sastera berbentuk seminar, festival, Konvensyen Sastera dan sebagainya akan dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan DBKK selepas ini. 

“Pihak DBKK juga akan berbincang dengan pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan sebuah rumah kepada Bahasa yang akan menjadi pusat utama kegiatan sastera dalam tempoh terdekat bagi mempermudahkan urusan permohonan dengan pihak Unesco ini,” kata Jasni. 

Menurut Jasni lagi, semua sasterawan dan seluruh masyarakat perlu menyokong usaha murni ini, kerana ia akan membantu industri pelancongan di Kota Kinabalu dan seterusnya membantu slogan Sabah Maju Jaya yang diilhamkan oleh Ketua Menteri.

Jasni berharap agar cita-cita murni ini akan menjadi realiti dengan sokongan dan komitmen pelbagai pihak. Malah, satu surat permohonan yang ditandatangani oleh Mayor akan dihantar kepada pihak Unesco di Paris dalam tempoh terdekat. 

“Manakala satu program Baca Puisi Bandaraya yang disekalikan dengan program pertandingan akhir lagu-lagu patriotik serta majlis penutupan Festival Sastera Antarabangsa Malaysia Madani 2024, akan dirasmikan oleh Mayor pada 20 September ini di Kota Kinabalu,” kata Jasni. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here