Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan 2 lelaki disyaki pandu mabuk
Published on: Tuesday, September 10, 2024
Published on: Tue, Sep 10, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis tahan 2 lelaki disyaki pandu mabuk
Jasmin berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.
TAWAU: Dua lelaki disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam Ops Mabuk di Jalan Chong Thien Vun, lewat malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, saringan awal menggunakan alat SD2+ ke atas lelaki berumur 49 dan 62 tahun itu, mendapati kedua-duanya positif.

Advertisement
“Mereka kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) IPD Tawau untuk ujian pernafasan menggunakan alat Evidential Analyzer (EBAII).

“Hasilnya, kedua-dua lelaki tersebut positif kandungan alkohol dalam darah, melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, dalam operasi itu, seramai 38 individu diperiksa membabitkan 33 kenderaan dan tujuh notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Advertisement
Antaranya, kesalahan lesen memandu, cermin sisi, tidak memasang lampu motosikal, tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Operasi Bersepadu (Ops Mabuk) bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dan Balai Polis Tawau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Advertisement
Operasi itu membabitkan 13 anggota dan pegawai, diketuai ASP Jafri Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.

Ini kerana, katanya, pemandu mabuk bukan sahaja mengundang bahaya pada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here