Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah sasar 10,000 pelajar terima biasiswa ke IPT
Published on: Thursday, September 12, 2024
Published on: Thu, Sep 12, 2024
Text Size:
Text:
Sabah sasar 10,000 pelajar terima biasiswa ke IPT
JUHAR (tengah) bersama-sama Arifin (kiri) dan Zainuddin (kanan) bergambar bersama penerima Biasiswa Anugerah Cemerlang Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menyasarkan 10,000 pelajar Sabah menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata sasaran tersebut ekoran penambahan RM12 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM113 juta khusus untuk tajaan pendidikan yang diluluskan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini.

Advertisement
“Saya ingin menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri telah meluluskan tahun ini daripada RM55 juta menjadi RM101 juta.

“Terkini, jumlah tersebut ditambah lagi RM12 juta, ertinya RM113 juta Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang diluluskan oleh Ketua Menteri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini salah satu daripada komitmen dan keprihatinan beliau terhadap modal insan, khususnya dalam bidang pendidikan dan keilmuan yang menjadi salah satu tunjang dalam Sabah Maju Jaya agenda modal insan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah memaklumkan, Sabah kini mencapai 9,000 pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara dan berhasrat untuk melengkapkan sehingga 10,000 pelajar.

Advertisement
“Untuk di luar negara, yang aktif dan ditambah dengan yang baharu ini kita sasarkan 100 pelajar anak Sabah.

“Selebihnya dalam negara kita akan cukupkan 10,000 anak Sabah menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah,” jelas beliau.

Advertisement
Justeru, Arifin mempelawa pelajar untuk memanfaatkan peluang tajaan pendidikan dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal bersepadu, Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang dilancarkan oleh Hajiji, Julai lalu.

Arifin diiringi Pengerusi Jawatankuasa Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman yang juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah ditemui media selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Anugerah Cemerlang Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin Tahun 2024 di Istana Seri Kinabalu, Rabu.

Pada majlis itu, Tun Juhar menyampaikan sijil serta menyantuni lima pelajar cemerlang Sabah yang akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti luar negara.

Antaranya, bekas pelajar SMK St Joseph Papar, Asha Ann Katrie yang bakal mengikuti pengajian Bachelor of Commerce (Accounting) di University of Melbourne, Australia.

Anak sulung daripada dua beradik itu meraih 4.00 CGPA dan bercita-cita untuk menjadi akauntan forensik.

“Saya gembira kerana terpilih untuk mendapat biasiswa Tuan Yang Terutama, mulanya saya tidak sangka saya terpilih kerana masih banyak calon, hampir 8,000 orang yang cemerlang.

“Saya harap biasiswa ini dapat membantu saya untuk melanjutkan pelajaran nanti.

“Sebenarnya, saya hanya average student tetapi saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pencapaian saya dalam peperiksaan percubaan SPM dan akhirnya dalam keputusan SPM saya berjaya membuatkan ibu bapa saya bangga,” ujarnya dengan rendah diri.

Ibunya, Evlyne June Charlie pula merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas peluang yang diberikan kepada anak sulungnya itu.

“Saya sangat bersyukur dan terharu. Diharapkan anak saya dapat kelegaan dalam pembelajaran, terima kasih Tuan Yang Terutama dan kerajaan Sabah atas kesempatan ini,” katanya.

Selain Asha Ann, penerima lain ialah Nicholas Chung Hong Sheng (University of East London, England), Nur Nadhirah Sulaiman (Cardiff University, Wales), Aedan Luke Komuji (University of Liverpool, England) dan Muhamad Idham Noltam (Queensland University of Technology, Brisbane).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here