Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rey mengeluarkan single pertama 'Lumangad Oku Dika'
Published on: Friday, September 13, 2024
Published on: Fri, Sep 13, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Rey mengeluarkan single pertama 'Lumangad Oku Dika'
Rey, yang pernah mengambil jurusan vokal di Sekolah Muzik Institut Seni Sabah (SIA), mula dikenali apabila sering menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ di akaun media sosialnya.
PENYANYI baharu kelahiran Sabah, Rey Guntabid memulakan langkahnya dalam industri muzik menerusi single sulungnya, Lumangad Oku Dika yang dilancarkan di semua platform penstriman digital seluruh dunia, hari ini (Jumaat) 

Single dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘Aku Merindukan Dia’ digubah dan dinukil sendiri pemilik nama lengkap Ryenald Guntabid itu.

Advertisement
Mempertaruhkan nuansa balada pop, Rey berkata dia mendapat inspirasi menghasilkan lagu terbabit daripada penyanyi Indonesia, Mario G Klau.

“Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang merindukan kekasihnya. Namun tidak dapat menyampaikan perasaan secara langsung kerana perhubungan mereka hanya terbatas sebagai teman sahaja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setelah sekian lama menyimpan perasaan, lirik lagu ini adalah kata-kata yang ingin saya luahkan untuk gadis idaman saya,” katanya.

Tidak dapat menahan keterujaannya mengenai reaksi orang Sabah terhadap lagu itu, Rey berkata dia berharap ia diterima baik oleh pendengar.

Advertisement
“Sebagai penyanyi yang baru meningkat naik, saya harap kehadiran saya dalam industri muzik diiktiraf dan lagu-lagu saya dihargai oleh pendengar,” kata penyanyi yang dibesarkan di Kota Kinabalu itu.

Menariknya, Lumangad Oku Dika dirakam di CabbyLand Studio, Jakarta di Indonesia bersama penerbit tersohor Irwan Sumanjuntak.

Advertisement
Sebelum ini, Irwan pernah menjadi produser muzik untuk artis ternama Malaysia seperti Ayda Jebat, 3 Suara, Anuar Zain serta penyanyi terkenal Indonesia, antaranya, Rio Febrian dan Glenn Fredly.

Sementara itu, video muzik Lumangad Oku Dika pula diarahkan oleh Elvin Romeo dan disunting oleh Candy Yik, manakala Al Hanafi Juhar bertindak sebagai penerbit dalam penghasilan MV itu.

MV yang dihasilkan di bawah produksi Huntwo Studios itu turut menampilkan artis-artis Sabah lain seperti Revdellz Diaberto Roger, Vienna Claire Christer dan penampilan istimewa pempengaruh popular Indonesia, Gabriel Prince.

Video muzik rasmi Lumangad Oku Dika, yang menjalani penggambaran di Akar Garden, Kolombong, SK St Anthony Penampang dan St. Paul’s Church Dontozidon juga akan dilancarkan hari ini di YouTube XIOKK Entertainment, jam 3 petang.

Rey, yang pernah mengambil jurusan vokal di Sekolah Muzik Institut Seni Sabah (SIA), mula dikenali apabila sering menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ di akaun media sosialnya.

Rey, yang pernah dinobatkan sebagai juara Sugandoi Kaamatan Api-Api dan Naib Juara Sugandoi Kaamatan Sabah tahun lepas, kini bernaung di bawah XIOKK Entertainment, syarikat rakaman baru yang berpangkalan di Sabah.

XIOKK mula beoperasi tahun ini dan terdahulu melahirkan kumpulan sulung wanita pertama Sabah, SMDX. Ia mengangkat misi untuk mengasah bakat anak-anak Sabah tanpa mereka perlu berhijrah ke semenanjung untuk mendapat pengiktirafan peringkat nasional.

XIOKK merupakan anak syarikat Xeno Entertainment yang menjadi rumah kepada artis-artis seperti Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Intan Najuwa dan juga pempengaruh antaranya, Cupcake Aisyah dan Leona Azhar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here