Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ops Bersepadu: Tujuh notis saman dikeluarkan
Published on: Friday, September 13, 2024
Published on: Fri, Sep 13, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Ops Bersepadu: Tujuh notis saman dikeluarkan
PASUKAN operasi menjalankan pemeriksaan.
TAWAU: Seramai 118 orang melibatkan 106 buah kenderaan diperiksa dalam Op Bersepadu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selama tiga jam di Jalan Lapangan Terbang Tawau, pada Rabu.

Dalam operasi yang turut disertai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, tujuh notis saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan.

Advertisement
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, antara kesalahan yang dikesan, membabitkan lesen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tidak memakai tali pinggang keledar dan  visor helmet gelap.

Dalam operasi sama, katanya, JPJ turut mengeluarkan lapan notis, manakala, Motac Sabah memeriksa 37 Bas Persiaran yang membawa pelancong.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi bermula jam 9 pagi itu, disertai empat pegawai dan 13 anggota daripada jabatan dan agensi tersebut.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, operasi tersebut bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya serta pengangkutan awam sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas, sekaligus dapat mencegah kes kemalangan jalan raya.

Advertisement
Katanya, BSPT Tawau komited dalam menjalankan penguatkuasaan sebagai memberi peringatan dan kesedaran kepada para pemandu demi memastikan keselamatan semua pihak ketika berada di atas jalan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here