Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Empat peniaga buah, sayur didenda guna alat timbang tidak ditentusah
Published on: Saturday, September 14, 2024
Published on: Sat, Sep 14, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Empat peniaga buah, sayur didenda guna alat timbang tidak ditentusah
Pemeriksaan itu menumpukan kepada pematuhan terhadap Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang Dan Sukat 1972. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja 
SANDAKAN: Empat peniaga buah dan sayur di bandar di sini didenda kerana menggunakan alat timbang neraca spring yang tidak ditentusahkan.

Kesemua peniaga itu dikenakan tindakan semasa satu pemeriksaan oleh Penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azdy Zukkry John di pasar malam buah-buahan dan sayur, bandar di sini, baru-baru ini.

Advertisement
Azdy berkata fokus pemeriksaan adalah peniaga buah-buahan terutamanya durian yang bersifat sementara dan bermusim serta peniaga sayur di kawasan terbuka berhampiran Pasar Umum Sandakan. 

“Pemeriksaan ini menumpukan kepada pematuhan terhadap Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang Dan Sukat 1972. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, ia juga dijalankan untuk memaklumkan masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan serta tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, empat peniaga dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang Dan Sukat 1972.

Advertisement
“Peniaga terbabit dikompaun RM200 setiap seorang. Sementera itu, 102 Kenyataan Pemeriksaan Premis juga dikeluarkan semasa operasi itu,” katanya.

Untuk rekod, sejak 1 Januari sehingga Jumaat (13 Sept), sebanyak 5,399 premis perniagaan telah diperiksa oleh KPDN Sandakan dan 158 kes telah dihasilkan dalam tempoh itu.

Advertisement
Azdy berkata nilai rampasan keseluruhan kes berjumlah RM2,743,559.24 manakala jumlah nilai kompaun keseluruhan adalah sebanyak RM44,300.

Sejak awal tahun ini, dua kes telah didakwa di mahkamah dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah, dengan denda membabitkan RM24,000.

Sepanjang tempoh dari 1 Januari 2024 hingga 13 September, sebanyak 113 aduan pengguna telah diterima di KPDN Sandakan. 

Daripada 113 aduan tersebut, 106 (93.8 peratus) disiasat dan diselesaikan manakala baki tujuh lagi sedang dalam siasatan.

Justeru, KPDN Cawangan Sandakan mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga, tambahnya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here