Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
APMM gagalkan cubaan seludup 800kg ikan bilis kering
Published on: Saturday, September 14, 2024
Published on: Sat, Sep 14, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
APMM gagalkan cubaan seludup 800kg ikan bilis kering
TEKONG dan awak-awak bersama kapal yang membawa muatan ikan bilis kering.
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 800 kilogram ikan bilis kering ke negara jiran di perairan Sandakan, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy  Hussain berkata, bot peronda APMM mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan di 5.2 batu nautika timur laut Tanjung Pamaguan menuju ke Pulau Taganak pukul 1.25 petang hari kejadian.

Advertisement
Apabila diperiksa, katanya, mereka mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak, masing-masing, 35 dan 56 tahun, dengan kedua-duanya warga asing.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam kapal menemui 13 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 800 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Nilai rampasan termasuk ikan bilis kering, enjin sangkut dan kapal dianggarkan berjumlah lebih RM48,000,” katanya dalam kenyataan, di sini, Jumaat.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Advertisement
“Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kerana membawa keluar ikan bilis kering untuk tujuan eksport tanpa lesen yang sah. 

“Ini merupakan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen. Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri meragukan,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Muhammad Suhairy berkata APMM mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here