Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sesal jadi runut bunyi telefilem Sagon Tumbuk
Published on: Saturday, September 14, 2024
Published on: Sat, Sep 14, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Sesal jadi runut bunyi telefilem Sagon Tumbuk
TELEFILEM Sagon Tumbuk membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Fauziah Nawawi dan Nad Zainal.
LAGU Sesal, ciptaan komposer Sabah, Nazri Saidali, Mawar Kausar, Rubisa Tiasan dan Ameer Z, dijadikan runut bunyi untuk telefilem Sagon Tumbuk yang diarahkan sutradara tersohor Datuk Jurey Latif Rosli.

Meluahkan kesyukuran, Nazri berkata ini merupakan pengalaman pertamanya menghasilkan lagu runut bunyi untuk telefilem.

Advertisement
“Lagu ini memang dicipta khas untuk telefilem ini. Saya bersyukur diberi peluang mencipta lagu ini bersama rakan-rakan komposer lain.

“Ini adalah satu pengalaman berharga untuk saya kerana ini kali pertama saya buat lagu dan lirik mengikut jalan cerita telefilem.

Nazri Saidali

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Cabarannya boleh dikatakan dari semua segi, yang paling utama adalah liriknya mesti menceritakan keseluruhan mesej yang ingin disampaikan dalam naskhah ini,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Sesal, yang menceritakan tentang penyesalan seorang anak yang tidak mempercayai orang tuanya, dinyanyikan oleh penyanyi Sabah, Rubisa Tiasin. 

Advertisement
Tambahnya, dia dihubungi oleh Rubisa untuk menghasilkan lagu untuk runut bunyi telefilem Sagon Tumbuk itu.

“Sebelum projek ini bermula, saya dihubungi oleh Rubisa kerana Datuk Jurey meminta kami mencipta lagu runut bunyi untuk telefilem ini.

Advertisement
“Kami memulakan projek ini sejak Jun lalu dan ia akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi runut bunyi dan satu lagi versi orkestra,” katanya.

Mendapat sentuhan Don Mukri dari segi susunan muzik, Nazri berkata, Sesal dijangka menemui pendengar dalam masa terdekat.

“Kami akan keluarkan dulu versi runut bunyi dan barulah versi orkestra,” ujar penggubah lagu prolifik itu, dan menambah dia berharap Sesal akan diterima baik oleh masyarakat.

Sagon Tumbuk, yang membariskan pelakon hebat tanah air antaranya, Datuk Fauziah Nawawi, Nad Zainal, dan Rosnah Jonari, dijangka disiarkan di saluran RTM dalam masa terdekat. 

harianekspres@ymail.com
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here