Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penduduk Kg Mondikot gembira nikmati capaian internet mudah
Published on: Tuesday, September 17, 2024
Published on: Tue, Sep 17, 2024
Text Size:
Text:
Penduduk Kg Mondikot gembira nikmati capaian internet mudah
FAHMI (kanan) mendengar penerangan mengenai operasi menara daripada Specialist Strategy and Project Realization USP Management Corporate Affairs CelcomDigi Bhd Muhammad Fathi Azhar (dua, kanan) sewaktu meninjau Pengoperasian Menara Telekomunikasi Jendela Fasa 1 Kampung Menengah Ulu, pada Ahad. – fotoBERNAMA
PAPAR: Penduduk Kampung Mondikot, di sini menzahirkan perasaan gembira kerana kini mereka boleh menikmati capaian internet berkelajuan tinggi disediakan secara percuma menerusi pemasangan sistem satelit Starlink sejak Jun lepas.

Sistem dipasang menerusi pembuktian konsep (POC) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan REDtone itu mempunyai kelajuan sehingga 250mbps dengan kadar liputan sekitar 150 meter dari lokasi pemasangan dan penduduk kampung boleh menggunakannya sepanjang masa.

Advertisement
Seorang penduduk kampung Angellisa Mary Sobiting, 21, yang juga pembantu jurujual berkata mereka sudah lama menantikan perkhidmatan capaian internet efisien, justeru, pemasangan sistem Starlink memberi banyak kemudahan termasuk mencari maklumat berita secara dalam talian dan melayari laman sosial.

“Sekarang saya sudah boleh mengakses internet dari rumah sahaja kerana liputan internet (disediakan menerusi sistem Starlink) boleh sampai ke rumah. Sebelum ini kalau mahu menggunakan internet, adakalanya sehingga terpaksa pergi ke pekan (Papar),” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meninjau POC Starlink di kampung itu yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau Datuk Juil Nuatim dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. 

Petani Tinus Guntalib, 64, berkata, dia bersyukur dengan adanya kemudahan internet itu kerana ia dapat memudahkan urusan yang perlu diselesaikan secara dalam talian termasuk dalam hal-hal rasmi dan berkaitan urus niaga hasil pertanian.

Advertisement
“Lagi satu, apabila ada internet, anak-anak boleh belajar secara dalam talian di rumah. Memasarkan hasil pertanian juga lebih senang,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan oleh peniaga makanan Esther Kerintun, 36, yang melihat kemudahan capaian internet berkelajuan tinggi itu mampu dijadikan platform untuk mempromosikan lokasi pelancongan terdapat di Kampung Mondikot serta produk kraftangan diusahakan penduduk secara dalam talian.

Advertisement
Sementara itu, Juil turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi atas keprihatinan memasang sistem Starlink bagi membolehkan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Mondikot menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi secara percuma.

Dengan adanya capaian internet ditambah pula kemudahan jalan raya yang telah dinaik taraf, penduduk kampung bukan sahaja boleh mempromosi keindahan alam semula jadi di kampung itu tetapi juga memasarkan hasil pertanian sehingga ke luar kawasan, kata beliau.

“Dulu agak sukar, tetapi sekarang dengan adanya segala kemudahan ini boleh membantu meningkatkan lagi pendapatan penduduk kampung,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here