KOTA MARUDU: Seekor buaya sepanjang kira-kira 4 meter berjaya ditangkap selepas terjerat umpan yang dipasang pasukan carilamat lelaki yang hilang di Kampung Marudu Darat dekat sini sejak Khamis lalu.
Sehingga hari ini (Selasa) pasukan carilamat telah menangkap tiga ekor buaya yang kesemuanya telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.
Bagaimanapun, Razis bin Amat, 35, masih belum ditemukan.