Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Published on: Thursday, September 19, 2024
Published on: Thu, Sep 19, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Armizan berkata mesyuarat turut mengambil maklum mengenai dapatan awal Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah dimulakan pada Mei lepas dan dijangka selesai pada November ini, sebelum dibentangkan kepada mesyuarat jawatankuasa itu pada Disember.
Kota Kinabalu: Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga (JPH) di Sabah, Sarawak dan Labuan yang diadakan di sini, Selasa, bersetuju supaya inisiatif pembangunan jagung bijian secara bersepadu dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata, ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.

Advertisement
Beliau berkata mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang  juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut memutuskan supaya kerajaan Sabah dan Sarawak dilibatkan secara kolaboratif dan holistik dalam inisiatif tersebut.

“Penglibatan (kerajaan Sabah dan Sarawak) adalah melalui Jawatankuasa Industri Jagung Bijian Negara (NGCIC) yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu),” katanya menerusi kenyataan di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata mesyuarat juga mengambil maklum inisiatif dan syor dikemukakan kerajaan kedua-dua negeri itu dan meminta supaya ia dijadikan rujukan dalam Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta dipertimbangkan oleh kementerian serta agensi Persekutuan berkaitan.

Armizan berkata mesyuarat turut mengambil maklum mengenai dapatan awal Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah dimulakan pada Mei lepas dan dijangka selesai pada November ini, sebelum dibentangkan kepada mesyuarat jawatankuasa itu pada Disember.

Advertisement
“Hasil dan dapatan daripada kajian ini akan dijadikan sebagai asas pertimbangan bagi penambahbaikan inisiatif sedia ada dan cadangan inisiatif baharu pada masa akan datang berkaitan penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here