RANAU: Pegawai Daerah Ranau digesa menghentikan serta-merta kerja memproses semua permohonan tanah membabitkan kawasan tadahan air untuk paip graviti yang membekalkan air kepada penduduk kampung yang menetap di daerah ini.
Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) Datuk Henrynus Amin berkata, tindakan itu perlu dihentikan sehingga ada perundingan dan perbincangan yang wajar dengan anggota komuniti beberapa kampung yang terjejas.
“Saya menerima maklumat atau lebih tepat lagi aduan daripada orang awam berhubung permohonan tanah oleh syarikat swasta membabitkan tanah seluas 400 ekar di Hutan Rizab Kelas 1 di Bukit Hampuan Ranau,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Henrynus yang juga bekas Ahli Parlimen Kinabalu (kini Ranau) memberitahu beliau bimbang dengan aduan yang diterima itu yang sudah disahkan benar.
Advertisement





