Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
SESB bakal pasang meter pintar
Published on: Thursday, September 19, 2024
Published on: Thu, Sep 19, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
SESB bakal pasang meter pintar
Yaakob berkata tempoh percubaan selama dua bulan itu akan bermula bulan depan dan projek berkenaan akan dilaksanakan tahun depan dengan menyasarkan pengguna domestik di bandar raya Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan selari dengan tema ‘KK Smart City & WP Labuan Smart Island’. 
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pemasangan meter pintar menerusi dua fasa dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata projek meter pintar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pemasangan fasa satu sebanyak 6,497 unit melibatkan pengguna daripada kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-i-Tariff (FIT).

Advertisement
“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan percubaan ini menyasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar, manakala baki 6,437 unit akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan mencapai objektif pelaksanaan projek ini,” katanya menerusi kenyataan, Rabu.

Beliau berkata tempoh percubaan selama dua bulan itu akan bermula bulan depan dan projek berkenaan akan dilaksanakan tahun depan dengan menyasarkan pengguna domestik di bandar raya Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan selari dengan tema ‘KK Smart City & WP Labuan Smart Island’. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menerusi penggunaan meter pintar itu, katanya, pengguna dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberikan manfaat kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here