Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
150ha untuk tanam kenaf di Sabah
Published on: Friday, September 20, 2024
Published on: Fri, Sep 20, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
150ha untuk tanam kenaf di Sabah
Chan berkata, beliau juga telah bertemu Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Kota Kinabalu: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan membangunkan tanaman kenaf di tanah berkeluasan 150 hektar di Sabah tahun ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata sehubungan itu, LKTN telah berbincang dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan telah mendapat persetujuan SLDB.

Advertisement
“Bukan sahaja SLDB, LKTN telah berbincang dengan satu lagi koperasi dan satu syarikat di Sabah. Oleh itu, secara keseluruhan kita ingin membangunkan 150 hektar untuk tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.

“Cuma pada masa ini, kita minta kerajaan Sabah, terutama Jabatan Pertanian Sabah untuk membenarkan membawa biji benih kenaf dari semenanjung ke Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan Industri Kenaf 2024 (PKIK 2024) di Cyberjaya, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Chan berkata, beliau juga telah bertemu Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Saya berharap perkara ini dapat dipercepatkan dan kita boleh melancarkan program ini sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, beliau berkata, industri kenaf memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan agar terus membangun dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil menceburi penanamannya untuk menjana nilai berganda kepada ekonomi negara.

Menurutnya, walaupun industri ini masih baharu berbanding komoditi lain, beliau yakin, keunikan tanaman ini, iaitu hanya mengambil masa sekitar tiga bulan untuk mendapatkan hasil, menjadikannya mampu mendapat lebih tarikan dalam kalangan pekebun kecil.

Advertisement
“Kenaf disifatkan sebagai ‘adik bongsu’ dalam kementerian ini dan agensi di bawah kementerian. Ia adalah industri berusia 14 tahun. Tetapi keunikannya, kita tidak perlu bertahun-tahun untuk mendapatkan hasil pendapatan, tiga bulan sekali kita akan mendapat hasil.

“Saya berpendapat bantuan dari segi penggalakan tanaman amat penting kerana kementerian berhasrat mewujudkan ekosistem dengan setiap industri mempunyai sektor huluan, hiliran dan pertengahan,” katanya. 

Beliau berkata produk hiliran yang menggunakan kenaf kini semakin mendapat perhatian ramai.

“Oleh itu, kalau ia sudah berkembang, kita perlukan lebih ramai yang menanam komoditi ini. Selain menggalakkan pekebun kecil, kita juga ingin bekerjasama dengan syarikat besar.

“Bagi syarikat perladangan, jika anda ingin mempelbagaikan tanaman, inilah caranya. Ia mempunyai kitaran yang pendek, justeru anda tidak akan menghadapi masalah dengan aliran tunai, “ katanya.

Terdahulu, Chan membacakan teks ucapan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sekali gus merasmikan majlis itu bagi mewakili Johari.

Johari dalam ucapannya berkata penganjuran PKIK 2024 adalah bukti komitmen Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sebagai agensi di bawah kementerian yang meneraju sektor agrikomoditi kenaf di Malaysia ke arah pertumbuhan dan kemampanan industri kenaf tempatan yang berdaya saing.

Beliau berkata ini sekali gus mampu menjana nilai berganda kepada ekonomi negara.

Menurutnya tanaman kenaf dikembangkan ke seluruh Malaysia pada 2010 dan mula diusahakan secara besar-besaran di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Tanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih pula dilaksanakan di Kedah dan Perlis, kata Johari.

“Pada 2023, statistik pasaran produk kenaf bernilai RM8.88 juta, peningkatan RM3.31 juta atau 59.32 peratus berbanding RM5.57 juta pada 2022.

“Sehingga suku kedua 2024, nilai pasaran produk kenaf telah mencapai RM6.28 juta, peningkatan RM2.67 juta atau 74.09 peratus berbanding RM3.61 juta dalam tempoh sama pada 2023,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here