TAWAU: Kanak-kanak perempuan, empat tahun yang dilaporkan hilang di sungai pada petang Jumaat dalam kejadian di Kg Ranggu, Batu 8, Jalan Apas, di sini, ditemukan lemas pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, berkata mayat Putri Jimar berjaya ditemui orang awam sekitar jam 8 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi asal mangsa hilang.
Menurutnya, penemuan itu adalah hasil operasi carilamat yang disambung hari kedua bermula jam 6.58 pagi oleh pasukan penyelamat.