PEMBIKIN filem di negeri ini meminta Kementerian Komunikasi meneruskan Dana Borneo Pitch oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyokong industri perileman di Sabah dan Sarawak.
Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) Chester Pang berkata peruntukan RM11 juta di bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) untuk Sektor Filem, yang diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil baru-baru ini, tidak mencukupi untuk seluruh negara.
Industri perfileman di Sabah dan Sarawak, katanya, baru di peringkat pembangunan, oleh itu, ia memerlukan suntikan dana daripada kerajaan untuk rangsangan dan berkembang dengan lebih pesat.
“Kami berterima kasih atas keprihatinan Kementerian memperkenalkan DKK. Bagaimanapun, apa yang paling dinantikan oleh pembikin filem di Sabah dan Sarawak adalah Dana Borneo Pitch ini ditambah.
Advertisement





