Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Politeknik Kota Kinabalu lahir 893 graduan berkemahiran tinggi
Published on: Saturday, September 21, 2024
Published on: Sat, Sep 21, 2024
Text Size:
Text:
Politeknik Kota Kinabalu lahir 893 graduan berkemahiran tinggi
AWANG Buhtamam (tengah) menyampaikan skrol diploma kepada salah seorang graduan sambil diperhatikan Md Nor (kanan).
Kota Kinabalu: Peranan politeknik semakin penting dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri negara yang semakin meningkat, sesuai dengan kehendak kerajaan menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi.

Ini terbukti apabila Politeknik Kota Kinabalu (PKK), sebagai institusi pengajian tinggi teknikal utama, melahirkan 893 graduan berkemahiran tinggi di Majlis Konvokesyen Ke-28 di Dewan Rafflesia PKK baru-baru ini.

Advertisement
Majlis penyampaian diploma sesi pertama disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, sementara sesi kedua oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PKK Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd.

Dalam ucapannya, Ag Buhtamam berkata beliau bangga PKK telah membuktikan kejayaannya dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang relevan dengan keperluan industri masakini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pencapaian kebolehpasaran graduan sebanyak 98.3 peratus pada 2023 adalah bukti bahawa graduan politeknik bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik, tetapi juga kemahiran insaniah seperti kepimpinan dan komunikasi. 

“Kejayaan ini didorong oleh pelbagai inisiatif kolaborasi dengan industri serta penyesuaian kurikulum yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan secara holistik dan berterusan, bagi memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat bersaing di peringkat global, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, serta bersedia menghadapi perubahan industri masa kini dan akan datang.

Sementara itu, Pengarah PKK Md Nor Abdul Halim, dalam ucapannya berkata majlis konvokesyen ini adalah simbol kejayaan graduan yang bekerja keras sepanjang pengajian mereka. 

Advertisement
“Kejayaan ini juga tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu ibu bapa serta keluarga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan graduan,” tambahnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pensyarah dan tenaga pengajar atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memastikan pencapaian akademik hampir mencecah 100 peratus bagi sesi pengajian 2022/2023. 

Di samping itu, beliau turut menyentuh kolaborasi strategik antara PKK dan rakan industri yang berterusan dalam memastikan kebolehpasaran graduan serta kualiti pendidikan yang ditawarkan terus berada pada tahap tertinggi.

Majlis Konvokesyen Ke-28 ini menyaksikan graduan dari pelbagai bidang seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik, Perdagangan, serta Pelancongan dan Hospitaliti menerima Sijil dan Diploma masing-masing. 

Sehingga kini, Politeknik Kota Kinabalu melahirkan seramai 28,128 graduan yang terus menyumbang kepada pelbagai sektor industri di Malaysia dan luar negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here